scrut usedcar report

Apa Itu SCRUT Usedcar Report? Ketahui Fungsi & Kelebihannya

Dalam dunia kereta terpakai, maklumat dan ketelusan adalah kunci kepada pembelian yang selamat. Ramai pembeli tertipu kerana tiada akses kepada data sebenar sejarah kenderaan.

Untuk mengatasi masalah ini, SCRUT Usedcar Report diperkenalkan sebagai penyelesaian kepada isu ketelusan dalam transaksi jual beli kereta terpakai di Malaysia.

Apa Itu SCRUT Usedcar Report?

SCRUT Usedcar Report ialah laporan digital yang memberikan gambaran lengkap tentang latar belakang sesebuah kereta terpakai. Laporan ini dihasilkan melalui carian data daripada pelbagai sumber termasuk rekod insurans, dan pangkalan data awam.

Ia membantu pembeli mengenal pasti risiko tersembunyi seperti kemalangan, manipulasi mileage, atau status cagaran bank sebelum membuat keputusan membeli.

Maklumat Apa Yang Terkandung Dalam Laporan Ini?

Berikut ialah antara maklumat penting yang disediakan dalam SCRUT Usedcar Report:

  • Sejarah kemalangan: Menunjukkan jika kereta pernah terlibat dalam kemalangan besar atau total loss.
  • Status lelongan: Semakan sama ada kereta pernah dilelong atau tidak.
  • Bacaan odometer: Menilai sama ada mileage konsisten atau telah dimanipulasi.
  • Status kecurian: Semakan terhadap laporan polis dan rekod kehilangan.
  • Status tuntutan cermin: Semakan terhadap tuntutan cermin yang pernah dibuat.

Siapa Yang Patut Guna SCRUT Usedcar Report?

Laporan ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembelian atau penjualan kenderaan terpakai, termasuk:

  • Pembeli individu – Lindungi diri dari kereta bermasalah sebelum bayar deposit.
  • Dealer/showroom – Gunakan sebagai bukti ketelusan kepada pelanggan.
  • Penjual individu – Yakin dan mudah jual apabila sertakan laporan neutral dan sah.

Bagaimana Nak Dapatkan Laporan Ini?

Berikut adalah langkah-langkah untuk semak status kereta menggunakan platform Scrut.my:

  1. Sediakan nombor casis (chassis) atau VIN kereta
    Nombor ini biasanya boleh dijumpai pada geran kenderaan, dalam ruang enjin, atau pada dashboard berhampiran cermin depan.
  2. Layari laman web Scrut.my
    Gunakan komputer atau telefon pintar untuk pergi ke laman web rasmi Scrut.my.
  3. Masukkan nombor casis/VIN dalam ruangan semakan
    Pastikan anda taip nombor dengan tepat. Sistem akan membuat carian berdasarkan data rasmi.
  4. Pilih jenis laporan yang anda mahu
    Anda boleh pilih antara Laporan Standard atau Laporan SII (Scrut Integrity Inspection) yang menyertakan semakan fizikal & bergambar.
  5. Lakukan bayaran secara online
    Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit, FPX, atau kaedah lain yang disediakan. Harga bermula serendah RM60.
  6. Laporan akan tersedia di dashboard akaun SCRUT.my anda
    Setelah bayaran disahkan, laporan akan terus tersedia dalam dashboard SCRUT.my anda, log masuk untuk melihat laporan tersebut.

Kenapa Penting Guna Laporan Ini Sebelum Membeli?

Tanpa semakan seperti SCRUT Usedcar Report, anda terdedah kepada risiko membeli kereta yang rosak teruk, pernah terlibat dalam banjir, atau pernah dilelong bank.

Justeru sangat digalakkan untuk anda semak status kereta terpakai atau recond yang anda mahu beli supaya tidak mengalami kerugian besar di masa akan datang.

Kesimpulan

SCRUT Usedcar Report membantu pembeli membuat keputusan bijak berdasarkan data, bukan semata-mata janji penjual.

Ia merupakan alat wajib dalam setiap proses pembelian kereta terpakai, lebih-lebih lagi di zaman sekarang di mana manipulasi dan penipuan semakin sukar dikesan dengan mata kasar. Dengan hanya sedikit kos dan beberapa minit masa, anda boleh selamatkan diri daripada kerugian besar.

Layari www.scrut.my untuk dapatkan SCRUT Usedcar Report anda hari ini!

scrut usedcar report

Sample - SCRUT Usedcar Report